Profail Kerjaya:
1. Jurulatih Utama Biologi Negeri Pahang 2002-2003
2. Jurulatih Nasyid Pahang ke KAD Kebangsaan 2001,2002,2004
3. Jurulatih Nasyid Pahang ke Festival Nasyid Kebangsaan 2005
4. Jurulatih Utama Kajian Tindakan JPN Pahang 2004,2005,2006
5. Jurulatih KRS Rompin 2002, 2003, 2004
6. Pentaksir Kawasan PEKA Rompin 2004
7. Jurulatih Pasukan Website Rompin 2000,2002,2003
8. Jurulatih ProStar Rompin 2001-2002
9. Jurulatih Sayembara Puisi dan Lagu Puisi Rompin 2001-2003
10. Pereka Grafik/HTML Team MySchoolNet Kementerian Pendidikan Malaysia 2001-2003
11. Pemenang Hadiah Utama Pertandingan Menulis Rancangan Mengajar Laman Web Peringkat Kebangsaan Anjuran MIMOS BHD 2001
Buat masa ini aku sedang menghadiri Kursus Kajian Tindakan Sesi 2 2007 bagi Jabatan Pelajaran Negeri Pahang sebagai salah seorang jurulatih utama. Sampai di sini pada 10-13 Julai 2007 dan akan sambung pula di Melaka pada 16-18 di bawah PPD Kuantan pula. Bulan ini merantau sahaja kerja aku. 4 hari di Permai Inn ni..belum sekali pun berpeluang berceramah seperti biasa di hadapan para peserta sebab aku diminta oleh En. Ramlan, penyelaras kajian tindakan untuk menumpukan kerja-kerja pembinaan Buletin Kajian Tindakan. Alhamdulillah hampir 80% dah siap pada malam terakhir di sini. Mujur ada cikgu Asri membantu menaipkan bahan-bahan, jadi boleh aku concentrate pada layout dan grafik untuk buletin kajian tindakan yang bakal dinamakan metamorfosis ini. Petang tadi, aqif anakku yang angkat telefon bila aku contact rumah. Aku tahu dia rindukan aku tu...tanya bila nak balik naik helikopterlah..tanya cukup tak duit minyak helikopter nak balik..puas tergelak..! Balik karang emaknya pula ke Kuala Lipis kerana ada Karnival Anti Dadah dan dia mengendalikan latihan sajak untuk pelajar mewakili daerah. Silih bergantilah kiranya. Ayah balik emak pergi pastu ayah pergi semula. Berjauhan mengajar erti kerinduan dan menghargai apa yang kita sedang ada dan mengajar kita agar setia dengan kebahagiaan yang dimiliki.
KUANTAN: Perbuatan merakam aksi lucah melalui telefon bimbit bukan saja mudah dilakukan, malah kini makin menjadi-jadi. Terbaru membabitkan klip video memaparkan sekumpulan pelajar lelaki sekolah menengah mencabul seorang pelajar perempuan di tepi parit. Selepas klip video aksi kurang ajar kumpulan Mat Rempit merakam aksi melampau mereka mencabul seorang gadis bertudung disebar menggunakan telefon bimbit baru-baru ini, kini klip video terbaru bertajuk ‘budak sekolah berani’ itu hangat diperkatakan di kalangan pelajar.
Rakaman tiga minit sembilan saat itu menunjukkan tiga hingga empat pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah rakus meraba tubuh gadis itu yang juga memakai seragam sekolah iaitu baju kurung putih dan kain biru muda.
Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Arsyad Khan, 45, berkata dia menemui klip video perbuatan jijik pelajar sekolah terbabit dalam telefon bimbit anak lelakinya berusia 16 tahun.
Katanya, dia memeriksa telefon bimbit itu selepas terdengar perbualan anaknya dengan seorang rakan sebaya di luar rumah. "Ketika itu, saya berehat sambil bersandar di tepi tingkap. Tak lama kemudian, seorang rakan anak saya datang dan mereka berbual di luar rumah berhampiran tempat saya bersandar.
“Awalnya, mereka berbual perkara biasa. Namun, lama-kelamaan perbualan mereka menjurus kepada perkara berbaur lucah membuatkan saya memasang telinga untuk mengetahui apa yang mereka bualkan,” katanya.
Arsyad turut mengintai kedua-dua remaja itu di sebalik cermin tingkap dan mendapati masing-masing memegang telefon bimbit. Dia mengesyaki anak dan rakannya mungkin menonton sesuatu yang kurang elok dalam telefon bimbit mereka.
Atas rasa ingin tahu, dia memanggil anaknya dan meminta telefon bimbit itu untuk diperiksa. “Anak saya mendakwa dia dan rakan hanya melihat klip video biasa dan enggan menyerahkan telefon bimbitnya. Namun, sebagai bapa saya berkeras meminta telefon bimbit itu,” katanya.
Katanya, dia terkejut apabila mendapati telefon bimbit itu mengandungi klip video aksi lucah yang dirakam sekumpulan pelajar sekolah menengah. Rakaman itu menunjukkan seorang gadis tidak bertudung ditelentangkan di tepi parit sedang dicabul beberapa pelajar lelaki Seorang lagi pelajar merakam perbuatan itu daripada pelbagai sudut. Menurutnya, dia jijik melihat perbuatan pelajar sekolah terbabit yang diumpamakan sebagai binatang.
“Perbuatan mereka macam binatang kerana tak segan-silu mencabul gadis, apatah lagi di tempat terbuka pada waktu siang. Pelajar perempuan itu tidak diketahui keadaannya sama ada rela diperlakukan sedemikian atau dikhayalkan pelajar lelaki terbabit. “Ada kemungkinan mereka terikut-ikut dengan aksi lucah yang melambak di pasaran gelap sekarang. Saya kesal kerana jika pada usia remaja sudah menunjukkan perbuatan yang melampau, apa akan jadi apabila mereka meningkat dewasa,” katanya. Kata Arsyad, anaknya mendakwa klip video itu diperoleh daripada rakan yang dipindahkan melalui ‘bluetooth’.
Ini yang mendorong anaknya memiliki klip video itu kerana ia dimiliki ramai rakannya. “Bagaimanapun, saya menasihatinya jangan lagi menyimpan klip video seperti itu kerana boleh merosakkan akhlak. “Saya bimbang jika penyebaran klip video ini di kalangan pelajar tidak dikawal, ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka kepada gejala seks bebas,” katanya.
Mengulas gejala semakin teruk dilakukan sesetengah remaja gila seks, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, berkata golongan itu cuba meniru adegan lucah daripada klip video yang pernah ditonton dengan merakam sendiri aksi lucah mereka bersama rakan. “Gejala ini bukan perkara baru, ia kerap dibangkitkan terutama dalam media. Namun, sikap ibu bapa yang mahu melindungi perbuatan anak mereka kerana bimbang dikenakan hukuman berat membuatkan masalah ini dianggap terpencil.
“Realitinya, perkara sebegini berlaku bukan saja di bandar, malah di mana-mana. Masalah bertambah besar jika ia berlaku di sekolah tetapi pihak sekolah tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang mendapat prestasi buruk,” katanya. Baginya, disebabkan pihak sekolah merahsiakan perbuatan itu, langkah pencegahan sukar diambil kerana pelajar menganggap ia bukan kesalahan besar.
Apabila tiada tindakan tegas diambil, kesannya pelajar terbabit akan menjadikan perbuatan mencabul itu sebagai tabiat hingga dewasa. “Lebih buruk, keseronokan yang dilakukan tanpa memikirkan risikonya itu bakal mendorong pelakunya melakukan jenayah seksual,” katanya. Sehubungan itu, Kamal Affendi meminta pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memandang serius isu seks bebas di kalangan pelajar supaya dapat menangani gejala negatif itu. “Lazimnya, apabila jenayah dilakukan pelajar, ia cuba ditutup kerana menganggap si pelaku masih mentah lalu memberi kelonggaran kepada mereka.
“Sedangkan, kesalahan mereka boleh dihukum mengikut Kanun Keseksaan,” katanya.
PERDEBATAN mengenai semakin ramai murid sekolah rendah di negara ini yang belum dapat membaca menarik perhatian saya sebagai bapa yang pernah berdepan dengan masalah serupa ketika anak saya belajar di sebuah sekolah rendah di Beranang, Selangor, empat tahun lalu.
Kebimbangan saya bermula apabila anak saya masih belum dapat membaca walaupun selepas dua tahun mengikuti pelajaran di sebuah tadika yang dulunya saya anggap menyediakan pendidikan awal terbaik kerana kadar yuran bulanannya agak mahal.
Pada minggu pertama, anak saya memulakan pengajian tahun satu di sekolah rendah berkenaan, dengan rendah hati saya merayu kepada guru Bahasa Melayu yang juga guru kelas agar membantu anak saya membaca.
Alangkah sedih dan pilu apabila mendengar jawapan guru wanita berkenaan dengan kata-kata lebih kurang begini: ‘‘Jika anak encik tak boleh membaca lagi ketika masuk tahun satu, saya tak boleh buat apa... murid saya ramai dan tak boleh bagi perhatian kepada anak encik seorang.”
Hancur luluh hati saya mendengar kata-kata guru wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu.
Seperti yang diduga, betul kata guru wanita itu bahawa selepas tamat tahun satu, anak saya terus tidak dapat membaca dan kesimpulan yang saya dapat buat ialah guru tersebut mengambil kerja mudah dan tidak melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan iaitu tidak berusaha membantu murid yang lemah dalam pelajaran.
Dua tiga orang lagi murid iaitu anak kepada jiran-jiran saya juga belajar di kelas yang diajar oleh guru itu turut mengalami nasib yang sama.
Tahun berikutnya, saya bertukar ke Kuala Terengganu dan di sana, saya berjumpa dengan seorang guru wanita kanan Sekolah Rendah Sultan Zainal Abidin dan mengadu mengenai masalah yang dihadapi oleh anak saya yang tidak tahu membaca.
Jawapan guru itu sungguh melegakan hati. ‘‘Encik jangan bimbang, kami akan membantu masalah itu.”
Bagaimanapun, memikirkan anak saya akan menghadapi masalah kerana sekolah rendah itu antara sekolah popular di bandar Kuala Terengganu, saya tidak jadi memasukkan anak saya ke situ tetapi memilih sebuah sekolah rendah di pinggir bandar.
Di sekolah itu, saya berjumpa dengan guru kelas serta mengadu masalah yang sama. Saya minta anak saya dimasukkan ke kelas pemulihan tetapi guru berkenaan berkata: ‘‘Tak payah masuk kelas pemulihan, sekolah akan bantu... bagi kami dua bulan anak Encik boleh membaca dengan lancar.”
Benar kata guru wanita itu, tak sampai satu bulan, anak saya dapat membaca dengan lancar. Syukur.
Antara kaedah yang digunakan oleh guru budiman itu adalah kerap meminta anak saya ke depan kelas untuk membaca di depan murid-murid lain. Setiap hari bila pulang sekolah, anak saya beria-ia meminta saya dan ibunya membantu mengeja kerana dia malu dengan kawan-kawan jika tidak tahu membaca.
Guru itu juga sering memberi kata-kata semangat kepada anak saya bagi memulihkan keyakinan. Saya berpendapat masalah murid lembam atau lemah dalam pelajaran disebabkan ada kalangan mereka dipinggirkan sehingga mematahkan semangat mereka untuk belajar kerana ada guru hanya memberi tumpuan kepada murid atau pelajar yang sudah sedia pandai.
Bagi saya, apabila murid dan pelajar merasakan diri mereka diabai di kelas atau guru, mereka terdorong untuk patah semangat untuk belajar. Bagi saya, budi guru-guru di Terengganu, saya akan kenang sepanjang hayat dan terima kasih kepada mereka semua.
Apa yang saya paparkan ini bukan untuk mencari kelemahan guru kerana ramai guru yang bersungguh-sungguh memajukan anak bangsa tetapi kehadiran segelintir guru yang tidak amanah dan komited, akan menjejaskan masa depan ribuan anak-anak. Fikirkanlah. Selamat Hari Guru.
Baru sahaja lepas berjumpa pengetua tentang hal nasyid, namun lain pula cerita yang kudapat. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba isu ini jadi besar dan membesar. Pada pertengahan tahun lepas aku dipanggil oleh pengetua lama, Pn. Hamimah ke biliknya..beliau bertanya dan minta aku pegang jawatan Ketua Bidang Sains dan Matematik kerana Pn. Norley iaitu mantan Ketua Bidang akan dilantik ke jawatan GPK Pentadbiran. Aku memikirkan bahwa sebab mungkin mereka dah bincang sesama pentadbiran termasuk ketua-ketua bidang lain dan mungkin mengharapkan aku tidak menolak, maka aku terimalah jawatan itu seadanya. Aku lebih memikirkan kepercayaan dan harapan mereka ketika itu, membuatkan aku menerima jawatan tersebut. Dan mungkin juga kerana aku mahukan sesuatu yang baru dan sedikit cabaran. Imbuhan pun sekadar elaun tambahan RM 120 sahaja..takdelah besar manapun. Rupa-rupanya perlantikan aku itu menimbulkan perasaan tidak puas hati pada seorang sahabat ni..mungkin merasakan dia lebih berhak dari segi senioriti dan sebab dia mengajar lebih lama sebelum aku. Aku tahu daripada kawan-kawan lain ketidakpuasan hatinya itu tetapi aku buat tak tahu sahaja..sebab jawatan ni pun bukan aku minta-minta..aku hanya menunaikan tanggungjawab seadanya..cuba sebaik mungkin yang terdaya. Aku bukan jenis suka nak bodek-bodek orang atas sebab nak sesuatu ni..aku ada prinsip dan pendirian tersendiri. Yang penting kerja buat....aku boleh jadi orang bawah semula..takde masalah apapun..kerja aku takkan terjejas semata-mata kerana soal pangkat mangkat ni...kalau sekolah nak lantik cikgu tu pun aku takde rasa apa-apa...sebab benda ni sekadar kerja. Apalah yang nak direbutkan sangat..yang kita patut takut kita tak mampu nak bawa tugas ini..haa...yang itu aku takut..! Entahlah..aku cukup terasa kerana isu ni dah sampai ke tahap pengetua pula tahu..apa matlamat dia sebenarnya? Apa salah aku pada dia..aku pun tak pasti..kalau nak sangat jawatan ketua bidang ni pun janganlah sampai makan kawan. Jumpa sahaja pengetua dan aku..cakap sahaja..hari ni pun aku boleh keluar dari bilik sekangkang kera yang ada aircond tu...aku bukan pelahap sangat dengan RM 120 tu..setakat ni claim panggilan untuk ceramah kajian tindakan negeri Pahang sepanjang tahun sahaja dah lebih daripada elaun bulanan jadi ketua bidang sepanjang tahun! Manusia ni betullah ada macam-macam kaler bila dengan sahabatnya. Aku masih panggil sahabat sebab aku tak suka cari musuh. Buat apa nak komen orang lain sedangkan kita masih banyak benda yang perlu diperbaiki. Apa guna pergi ke atas dan pot pet cerita keburukan orang sipolan ke sana ke mari. Baik kita muhasabah kerja kita sendiri..dah sampai tahap atau tidak! Bukankah lebih baik daripada dok mengadu hal orang lain... Apabila kerja kita merosot, janganlah menyalahkan orang lain...kita hendaklah profesional...apalagi kalau kita ada banyak masa terluang daripada mengajar macam sahabat seorang ni... Bagi aku soal senioriti tak bermakna apa-apa. Tak semestinya seorang senior lebih baik daripada junior..bersepah bukti aku boleh beri tentang hakikat ini dalam dunia pendidikan. Dah banyak aku saksikan sendiri. Namun itulah delimma Melayu tentang perjawatan...dan kegilaan terhadap pangkat mengorbankan erti persahabatan.
Hmm..ada cerita panazz..Hari Jumaat yang lepas, ada satu lori syarikat pembekal barang-barang F1 datang ke sekolah. Kebetulan aku berada di pejabat bersama pengetua dan Cikgu Zafrullah..jadi kami sempat berjumpa dengan seorang pemandu lori yang membawa barang-barang tersebut. Dia datang sorang-sorang saja...kemudian terus cari guru yang mengendalikan Pasukan Pertandingan Kereta F1 di sekolah untuk menghantar barang-barang tersebut.
Kalau tengok ke lori tu punyalah besar, mesti banyak barang berkotak-kotak dalam tu.
Ada ke patut, pemandu lori tu suruh Jalil dan si Zafrullah ni angkat barang-barang tu atas alasan dia seorang sahaja. Dahlah datang jam 11.30..orang dah nak bersiap balik nak pergi sembahyang jumaat lagi. Zafrullah waktu tu dengan segak pakai tai selamba je jawab..haii..takkan saya pakai tai ni nak angkat barang-barang tu..? Jalil pulak dengan baju Melayunya. Lalu selamba pulak dijawab oleh pemandu tu nak minta tolong budak-budaklah pulak angkat. Maka Jalil pun sound, budak-budak lagi tak boleh angkat, bukan mereka ada insurans apa-apa kalau terjadi sesuatu.
Bayangkan..dah tahu kontrak menghantar, membawa dan memasang serta menguji, tetapi pakat bodoh datang sorang-sorang untuk urusan ini. Setahu kami syarikat itu confirm charge untuk bayaran perkara-perkara di atas, tetapi hakikatnya mereka nak buat kerja bedaah..datang hantar dan longgok barang sahaja.
Lantas pemandu pun jawab cikgu-cikgu sini banyak songehlah..huii kurang ajar betul!
Tengoklah isi kandungan kontrak..siap tuduh cikgu macam-macam. Kita profesionallah sikit. Kalau mampu dapat kontrak berjuta-juta takkan kerja pun tak kemas? Soalnya siapa punya kerja angkat barang-barang tu kalau bukan syarikat tu? Aku kebetulan ada sama..aku nasihatkan Jalil jangan sign apa-apa. Biar dia settlekan kerja dia. Bukan urusan kami. Kemudian sebelum aku balik untuk gi semayang..aku lalu tengok isi kandungan lori tu..andai kata Jalil dengan Zaf lembut hati nak tolong angkat..tak sempat semayang jumaat aku rasa! Jadi cerita selanjutnya yang aku dengar dari Jalil..pemandu tu panggil kawan-kawannya (ada pulak?) dekat 8-10 orang datang naik van. Pandai pula! Kemudian mereka berurusan dengan pengetua..Jalil cakap mereka siap mengadu kat pengetua...cikgu banyak songeh..siap cakap itu cikgu sokong pembangkangkah? Laaa...apa kena mengena ni...mujurlah pengetua dengar ceritanya buat tak tahu sahaja.
Kami faham ini semua helah syarikat F1 terbabit untuk cut cost...janganlah ingat puak-puak cikgu ni bodoh. Kami tahu benda-benda dalam kontrak tu..semua tu ada dalam website kementerian..apa kerja kamu kena buat, setakat mana bidang kuasa kami..kami tahu..janganlah terlalu tamak sampai kerja kamu pun nak serah ke orang?? Harap kalau ada (pihak kementerian) sesiapa yang bertanggungjawab hal ini meneliti kembali kejadian ini supaya tidak berulang.