Entry: Jerat yang melupakan pelanduk Thursday, September 20, 2007



Besar maknanya kata-kata di atas.
Malah lebih besar lagi maknanya yang tersirat jikalau dilibatkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan diriku dan beberapa orang teman sekerja.
Namun begitulah manusia, apabila kita sering memperkatakan kesalahan dan mencari kelemahan orang lain, maka akhirnya lebih banyak kelemahan dan kesalahan diri kita yang Tuhan dedahkan untuk tatapan dan nilaian masyarakat sekeliling.
Satu perkara lagi yang perlu diambil iktibar ialah jangan banyak sangat bercakap kerana bila banyak bercakap, banyaklah yang salah akan muncul. Dan bila kita tidak melakukan sebagaimana yang kita cakapkan, orang akan nampak serta merta dan memulakan penilaian berterusan terhadap diri, sahsiah dan gaya kerja kita.
Sesungguhnya kesombongan apabila menuturkan sesuatu perkara sesudah mencapai kejayaan akan membawa diri kita dibenci dan diboikot oleh orang lain secara diam-diam. Bila ini berlaku, kita tidak mampu untuk menghentikannya.
Aku perlu mengambil iktibar bahawa kejayaan bersifat sementara. Barangkali bukan anugerah tetapi lebih bersifat ujian daripada Tuhan untuk menguji kekuatan dan ketakwaan seseorang hambanya. Tidak ada yang kekal di dunia termasuklah apa yang kita miliki. Semuanya boleh diambil semula sekelip mata sekiranya Tuhan mengkehendaki.
Apabila kita berada dalam satu pasukan, cubalah untuk menghormati sesama teman. Kadang kala kita tanpa sedar melukakan hati insan lain sedangkan kita tidak bermaksud demikian. Aku perlu mengamalkan dan istiqamah dengan perkara-perkara ini dalam bekerja dan melalukan amalan lain.
Entahlah..mungkin pembaca tertanya-tanya apa yang aku maksudkan dalam tulisanku kali ini. Biarlah menerka dalam kesamaran.....selamat menghadapi cabaran di bulan Ramadhan...


 

   1 comments

Mashi Funky
October 10, 2007   04:34 PM PDT
 
Assalamualaikum...

Sabar la ckgu....
da adat manusia....
mmg gtu.....

Neway Selamat Ari Ry yer ckgu...
Thnx 4 teaching me in 2003....
Really appreciate it....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments